Tiada cadangan bina jalan darat Miri-Lawas tanpa melalui Brunei

0

LIMBANG: “Kerajaan belum bercadang untuk membina jalan darat yang menghu-bungkan Miri terus ke Lawas tanpa melalui Negara Brunei,” kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata, sebaiknya kerajaan lebih memfokus kepada usaha untuk menaik taraf jalan sepanjang Pan Borneo mengikut ke-utamaan dan keperluan.

“Kita tidak bercadang untuk membina jalan lain yang menghubungkan Miri terus ke Lawas.

“Apa yang menjadi keutamaan dan fokus adalah untuk menaik taraf jalan Pan Borneo dari masa ke masa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Tapak Projek Cadangan Membina Jambatan Menyeberangi Sungai Pandaruan di Da-erah Temburong Brunei semalam.

Shaziman menjelaskan lagi jalan Pan Borneo begitu penting dan menjadi laluan utama bagi penduduk di Sarawak dan Sabah.

“Usaha menaik taraf akan sentiasa dijalankan bagi memastikan penduduk di ne-geri ini dan Sabah dapat menikmati kemudahan perhubungan jalan raya dengan lebih baik,” katanya lagi.

Sementara itu Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah gembira dengan keprihatinan kerajaan untuk membina jambatan Pandaruan.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana gembiranya apabila kerajaan dapat mem-bina kemudahan ini.

“Ia menjadi laluan utama bagi penduduk di wilayah kepulauan Borneo dan kawasan berdekatan yang menggunakan jalan ini,” katanya lagi.

Hasbi menambah pembinaan jambatan ini akan melancarkan lagi perjalanan darat sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi, pelancongan penduduk setempat dalam masa terdekat.