Monday, August 2

200 dijangka sertai golf amatur di Miri

0

MIRI: Seramai 200 peserta dijangka menyertai Kejohanan Golf Amatur Ke-23 yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 September ini.

Kejohanan yang akan diadakan di Kelab Golf Miri (KGM) bukan sahaja disertai oleh pemain golf tempatan, malah turut diserikan oleh penyertaan pemain dari negara, Brunei Darussalam.

Para peserta terbabit akan merebut Piala Pusingan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dalam acara 54 lubang gross.

Pengarah kejohanan, Ivan Pui berkata, 36 orang daripada peserta adalah wanita.

“Terdapat beberapa peserta wanita yang berbakat daripada KGM dan Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) akan berentap pada kejohanan kali ini.

“Selain itu, juara bertahan dari Kelab Golf Sibu, Lee Ka Tung akan mengambil bahagian untuk mempertahankan kejuaraannya,” ujar beliau semalam selepas majlis penyerahan kunci kereta daripada penaja kepada Kapten KGM Kaunselor Dr Philip Raja.

Katanya, antara hadiah menarik yang menanti pemenang ialah sebuah kereta BMW 320i yang ditaja oleh Sarku Engineering Services Sdn Bhd dan Proton Exora yang ditaja oleh Tan Sri Datuk Jimmy Lau bagi pemenang ‘hole-in-one.’a