Wednesday, July 28

Aidilfitri satukan keluarga besar Milah

0

LIMBANG: Hari Raya Aidilfitri erti dan makna mendalam bagi seorang warga emas, Milah Mohamad 70-an yang dapat berkumpul bersama ahli keluarganya yang datang dari Limbang dan Negara Brunei Darussalam.

Milah yang merupakan ibu tunggal dan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan mempunyai empat orang anak termasuk Fatimah Jais, 55.

Selain itu Milah mempunyai 18 orang cucu yang berada di Brunei dan enam cucu di daerah ini.

Di samping cucu, beliau turut mempunyai sembilan piut.

Pada rumah terbuka yang diadakan malam kelmarin di kediamannya di Kampung Nauran kebanyakan anak, cucu dan piutnya turut sama menceriakan dan memeriahkan sambutan Aidilfitri.

Ia merupakan peluang kepada mereka untuk berkumpul sebagai sebuah keluarga besar.