Bintulu sedia cabar taekwondo di Sibu

0

BINTULU: Pasukan Kelab Taekwondo Smart (WTF) Bintulu kini bersiap sedia untuk terus memahat kejayaan apabila mengharungi Kejohanan Taekwondo Peringkat Negeri Sarawak 2011 yang bakal berlangsung pada 17 dan 18 September di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Sibu.

Pasukan Bintulu membabitkan 14 atlet iaitu Stanley Law Sie Lee, Huang Huat Yong, Dayang Syamimi, Mohd Qisti Khairy, Dayang Rasyidah, Joseph Ungkah, Raja Qistina, Nur Ifa Husna, Marylyne Bungan, Ian Wan Juk, Steffano Atom, Sin Kok Siong, Mohd Firdaus dan Scott Samuel Divers.