Terdapat penipuan peralatan timbang di pasar ikan Miri

1

MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa menjalankan pemantauan di pasar ikan Miri berikutan terdapat penipuan pada peralatan timbang.

Seorang pengadu, Samion Ghani, berkata sebelum ini beliau pernah membeli ikan seberat dua kilogram setengah namun selepas ditimbang sekali lagi, ternyata ia hanya seberat dua kilogram.

“Peralatan timbang dan sukat diletakkan jauh dari penglihatan pelanggan iaitu beberapa kaki dari meja yang menempatkan ikan yang dijual dan ia seolah-olah sengaja dilakukan untuk menipu pelanggan,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.