Zon Undop juarai Piala Perak Yayasan Sarawak

0

SRI AMAN: Pasukan Zon Undop muncul juara selepas menewaskan Zon Engkilili 1-0 pada perlawanan akhir bola sepak Kejohanan Piala Perak Yayasan Sarawak 2011 kategori Bawah 11 Tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Aman, baru-baru ini.

Ini merupakan kemenangan kedua buat pasukan Zon Undop setelah muncul juara bagi kategori Bawah 12 Tahun yang diadakan di Lubok Antu pada Mac lalu.

Kejohanan anjuran Zon Lingga ini menyaksikan enam buah pasukan berentap dalam dua buah kumpulan iaitu Kumpulan A (Zon Undop, Sri Aman, Lingga) dan Kumpulan B (Zon Lubok Antu, Engkilili, Pantu).

Pegawai Pelajaran Dearah Sri Aman, Jamit Ajok diberi penghormatan untuk merasmikan majlis penutupan kejohanan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu, Baba Minggu dan warga pendidik sekitar Sri Aman.