Friday, December 2

SMK Pujut sasar RM60,000 dari jogaton amal 24 Sept

0

MIRI: Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut (SMK) Pujut menyasarkan kutipan RM60,000 dari kutipan derma jogaton dan jualan amal yang akan diadakan pada Sabtu ini (24 September).

Larian akan disertai oleh warga sekolah serta masyarakat setempat termasuk ibu bapa.

Larian terbahagi kepada kategori sekolah rendah (peralihan, tingkatan satu, dua dan tiga), kategori sekolah menengah (tingkatan empat dan lima) dan kategori terbuka lelaki dan perempuan.

Hasil kutipan derma dan jualan amal akan digunakan untuk membina pondok ilmu untuk pelajar menunggu sebelum dan selepas sesi persekolahan dan membina astaka di padang sekolah.

Selain itu, ia juga akan digunakan untuk membeli kerusi plastik untuk kegunaan pelajar serta menambah dana PIBG.

Peserta akan dilepaskan dari pekarangan sekolah bermula jam 6.30 pagi dan perlu berlari sejauh 6 hingga 7 kilometer mengikut kategori.

Sebanyak sembilan gerai yang menjual makanan, minuman serta barangan lagi dibuka untuk kunjungan umum.

Sehubungan itu, ibu bapa dan masyarakat di kawasan sekitar sekolah diajak untuk menderma dan datang menyokong jualan amal demi memastikan kejayaan aktiviti ini.

Menteri Muda Komunikasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut dijangka hadir untuk merasmikan aktiviti ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak sekolah menerusi talian 085-657349.