SIBU: Unit Bumiputera SUPP Cawangan Sibu memberi sokongan penuh terhadap Pengerusi SUPP Sibu Dato Sri Wong Soon Koh untuk bertanding jawatan nombor satu dalam parti pada TDC akan datang.

Pengerusinya Andrew Shilling berkata, Wong yang juga ADUN Bawang Assan seorang pemimpin berkaliber dan mampu membawa parti itu bergerak lebih jauh.

“Kami juga akan berusaha mendapatkan kepercayaan daripada unit lain untuk mendapatkan sokongan, agar Wong dapat diberi mandat menerajui parti,” katanya menerusi kenyataan media yang dikirimkan kepada Utusan Borneo.

Menurut Shilling, Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Kesihatan Awam mempunyai percaturan tersendiri dalam mengangkat kembali imej parti.

Ini kerana, Wong katanya, mempunyai hubungan erat dengan setiap pemimpin parti termasuk pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional (BN).

Melalui hubungan sedemikian jelasnya, menjadikan Wong sebagai individu penting untuk menghubungkan parti dengan kerajaan.

“Kami sangat yakin dengan kemampuan beliau, meng-angkat kembali kegemi-langan parti yang pernah tercipta sebelum ini,” tambah beliau.