BN Perak mahu wakil rakyat yang tidak dicalon terima dengan terbuka

0

IPOH: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang tidak dicalonkan semula dalam pilihan raya umum akan datang diminta menerima perkara itu dengan hari terbuka demi masa depan parti, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Menteri Besar Perak itu berkata, mereka mesti menghormati ketetapan yang dibuat pucuk pimpinan mengenai kriteria calon yang bertanding adalah yang disukai, boleh menang dan mendapat sokongan pengundi di kawasan itu.

“Saya minta mereka pandang semula ke belakang dan lihat bagaimana orang lain membantu mereka untuk menang sebelum ini dan janganlah ada sikap iri hati.

“Sebelum mereka menang dan menjadi wakil rakyat mereka ini disokong dan dibantu orang lain dan saya harap tidak berlaku perkara sabotaj,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini semalam. — Bernama