DAP tidak setuju kenyataan Manoharan mahu tukar bendera

0

KUALA LUMPUR: DAP sama sekali tidak setuju dengan kenyataan seorang wakil rakyatnya yang mahu menukar Jalur Gemilang, kata pengerusi jawatan-kuasa disiplinnya Tan Kok Wai.

“Parti saya dan saya sendiri tidak bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dicakapkannya kerana kami adalah sebuah parti yang patriotik. Jawatankuasa Disiplin akan mengkaji perkara ini Jumaat ini walaupun belum menerima sebarang aduan rasmi,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi semalam.

Katanya, ulasan Anggota Dewan Undangan Ne-geri Selangor kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan, dalam laman Facebooknya minggu lepas bahawa bendera kebangsaan hendaklah diubahsuai kerana reka-bentuk sekarang menyerupai bendera Barisan Nasional dan tidak melambangkan Malaysia menyebabkan DAP menjadi tumpuan walaupun ia bukanlah pendirian rasmi parti.

Manoharan kemudian memohon maaf dan menarik balik ulasannya itu, namun  beberapa pemimpin BN menyoal sikap membisu DAP di samping mencabar parti itu mengambil tindakan tatatertib terhadap beliau.

Ditanya sama ada Jawatankuasa Disiplin DAP akan bertindak terhadap Manoharan, Tan sekadar mengulangi kenyataannya bahawa jawatankuasa itu akan melihat perkara berkenaan pada Jumaat nanti.

“Kami mengambil kira bahawa Manoharan menye-dari kesilapannya, telah menarik balik ulasannya itu dan memohon maaf,” katanya.

Tan bagaimanapun menafikan bahawa DAP membisu mengenai perkara itu kerana beberapa orang pe-mimpin parti sudahpun membuat komen. — Bernama