Mahkamah kurangkan hukuman penjara bekas jurulatih olahraga

0

PUTRAJAYA: Bekas jurulatih olahraga kebangsaan C. Ramanathan semalam dibebaskan selepas mahkamah rayuan di sini mengurangkan hukuman penjara ke atasnya daripada empat tahun kepada 12 bulan atas dua pertuduhan mencabul dua olahragawan remaja 19 tahun lalu.

Panel tiga orang hakim mahkamah rayuan terdiri Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Linton Albert sebulat suara membenarkan rayuan terhadap hukuman dan menggantikannya dengan 12 bulan penjara bagi setiap pertuduhan.

Panel hakim memerintahkan Ramanathan, 75, menjalani hukumannya serentak.

Bagaimanapun Ramanathan telah menjalani lapan bulan penjara dari 11 Julai 2008 hingga 11 Mei 2009 apabila panel lain mahkamah rayuan pada tahun itu juga membenarkan rayuan pendakwa memohon mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya. — Bernama