Mayat lelaki ditemui di Sungai Melaka

0

MELAKA: Mayat seorang lelaki ditemui di Sungai Melaka berhampiran jambatan Kampung Morten di sini, semalam.

Mayat Soon Fee Lim, 67, dari Bukit Piatu di sini ditemui sepasukan anggota skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, pada jam 12.45 tengah hari semalam.

“Lelaki itu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi di sini.

Pegawai Bomba Kanan Razali Che Ari ketika ditemui pemberita di tempat kejadian, berkata seramai 10 anggota bomba bomba dan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Operasi mencari dan menyelamat itu menghadapi kesukaran kerana terdapat cerucuk, konkrit dan sampah di dasar sungai itu, katanya. — Bernama