Tuesday, November 12

Perak akan perkenal langkah atasi masalah kenaikan kos

0

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan memperkenalkan bebe-rapa langkah bagi mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup dalam penyediaan Bajet 2012, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, sebagai negeri yang juga pengeluar makanan seperti sayur-sa-yuran dan buah-buahan, kerajaan negeri akan menggalak petani membesarkan skala ladang bagi memastikan bekalan yang cukup di pasaran.

“Ini kerana harga barang makanan bukan semua ditentukan kerajaan sebaliknya banyak harga makanan dipengaruhi permintaan dan penawaran atau jumlah bekalan dan harga di pasaran,” kata-nya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di pejabatnya semalam.

“Rakyat harus faham masalah yang melanda kini adalah fenomena global.Untuk itu, kerajaan akan memperincikan di dalam bajet mengenai semua perkara yang melibatkan kos sara hidup termasuk dari segi peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai sendiri secara skala kecil boleh menangani masalah kenaikan kos dengan menanam sayur-sayuran di kawasan lapang di rumah masing-masing.

“Kita menggalakkan lebih banyak aktiviti tanaman… selain mengurangkan kos sara hidup, ini juga dilihat dapat membantu kempen cara hidup yang lebih sihat,” katanya. — Bernama