Monday, October 21

Polis Belaga rampas 51 batang kayu balak haram

0

SIBU: Polis Belaga sekalilagi berjaya merampas dua‘lori hantu’ dengan muatan51 batang kayu yang dipercayaikayu balak harampetang Selasa lalu.

Ketua Polis Belaga DSPBakar Sebau ketika dihubungikelmarin mengesahkanbahawa pihaknya telahmenahan dua pemandu loriyang terbabit serta merampasdua ‘lori hantu’ denganmuatan kayu balak haramtersebut.

Katanya, kesemua loriberkenaan dirampas di KM13, Jalan Bakun-Bintulupada 20 September sekitarjam 4.00 petang oleh sepasukanpolis dari Belagayang diketuai oleh beliausendiri.Dua lelaki yang ditahanberumur 31 dan 37 tahunitu merupakan orang tempatan.

Menurutnya, dua loriyang dirampas itu tidakmempunyai nombor pendaftarandan cukai jalan.“Ini merupakan rampasanbagi kali yang ketiga selepasdua rampasan terdahulu,”katanya.

Katanya, aktiviti pembalakanharam di kawasanberkenaan masih berleluasanamun pihaknyagiat mengadakan sekatanjalan untuk membanteraskegiatan tersebut hampirsetiap hari.

Pada 5 Mei lalu tiga ‘lorihantu’ serta tiga orang pemandunyaditahan dan padaawal bulan ini sebanyakenam ‘lori hantu’ dan enamorang pemandu ditahan ataskesalahan yang sama.

Bakar memberitahu, semuakayu balak dan loriyang dirampas akan dirujukkepada pihak SarawakForestry Corporation (SFC)untuk tindakan penyiasatandan pendakwaan.