Geran langsung tidak diberi untuk elak pecah amanah: Dawos

0

KUCHING: Geran langsung tidak akan diberikan kepada mana-mana kampung di Parlimen Mambong dikhuatiri berlaku pecah amanah.

Ahli Parlimen Mambong Dr James Dawos Mamit berkata tindakan sedemikian dilakukan olehnya kerana melihat banyak geran langsung yang diminta bertujuan untuk membina atau membaiki prasarana dalam kampung disimpan untuk tabung Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

“Geran langsung yang diberikan bertujuan untuk melaksanakan pembangunan prasarana di kampung dan bukannya untuk tabung JKKK kerana jumlah bagi tabung diberikan RM5,000,” katanya.

Beliau memberitahu bahawa pihaknya menggunakan pendekatan baru dengan memanggil kontraktor yang mengenali keperluan penduduk kampung terbabit dan yuran akan dibayar melalui pejabatnya (Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Mambong) .

Menurut Dawos, ia penting bagi tujuan maklum balas laporan ke pejabat audit.

Sementara itu, beliau turut menyuarakan desakan mempercepatkan kerja-kerja penurapan dan membina jalan raya di konstituensinya oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

“Kelulusan telah diberikan sejak Mac lalu dan sekarang sudah masuk bulan September.

“Saya mahu ia disiapkan secepat mungkin sebelum tahun 2012,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Hadiah Keceriaan Landskap 2011 anjuran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di Kampung Gayu di sini semalam.

Sebelum itu, beliau berjanji untuk menyiapkan pembinaan dewan sekolah SK Kampung Gayu yang telah terbengkalai lama disebabkan kekurangan peruntukan.

Beliau terkejut dengan nilai peruntukan yang diberikan kepada sekolah itu terdahulu sebanyak RM50,00 sedangkan setiap sekolah harus menerima sekurang-kurangnya RM250,000.

Dawos berjanji untuk menghantar kontraktor minggu hadapan bagi menyiapkan bangunan dewan itu.KUCHING: Geran langsung tidak akan diberikan kepada mana-mana kampung di Parlimen Mambong dikhuatiri berlaku pecah amanah.

Ahli Parlimen Mambong Dr James Dawos Mamit berkata tindakan sedemikian dilakukan olehnya kerana melihat banyak geran langsung yang diminta bertujuan untuk membina atau membaiki prasarana dalam kampung disimpan untuk tabung Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Geran langsung yang diberikan bertujuan untuk melaksanakan pembangunan prasarana di kampung dan bukannya untuk tabung JKKK kerana jumlah bagi tabung diberikan RM5,000,” katanya.

Beliau memberitahu bahawa pihaknya menggunakan pendekatan baharu dengan memanggil kontraktor yang mengenali keperluan penduduk kampung terbabit dan yuran akan dibayar melalui pejabatnya (Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Mambong) .

Menurut Dawos, ia penting bagi tujuan maklum balas laporan ke pejabat audit.

Sementara itu, beliau turut menyuarakan desakan mempercepatkan kerja-kerja penurapan dan membina jalan raya di konstituensinya oleh pihak yang dipertanggungjawabkan.

“Kelulusan telah diberikan sejak Mac lalu dan sekarang sudah masuk bulan September.

“Saya mahu ia disiapkan secepat mungkin sebelum tahun 2012,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Keceriaan Landskap 2011 anjuran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) di Kampung Gayu di sini semalam.

Sebelum itu, beliau berjanji untuk menyiapkan pembinaan dewan sekolah SK Kampung Gayu yang telah terbengkalai lama disebabkan kekurangan peruntukan.

Beliau terkejut dengan nilai peruntukan yang diberikan kepada sekolah itu terdahulu sebanyak RM50,00 sedangkan setiap sekolah harus menerima sekurang-kurangnya RM250,000.

Dawos berjanji untuk menghantar kontraktor minggu hadapan bagi menyiapkan bangunan dewan itu.