Tuesday, November 12

Wakil rakyat SUPP tiada portfolio diharap barisi kabinet baru: Dr Chan

0

KUCHING: Presiden SUPP Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berharap wakil-wakil rakyat parti itu yang tidak memegang sebarang portfolio menteri, tidak akan ketinggalan dalam barisan kabinet baru yang akan di-umumkan minggu depan.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui semalam, Dr Chan berkata, ia adalah hak Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk melantik lebih ramai Ahli Dewan Undangan daripada parti itu dan beliau akan gembira melihat perwakilan yang lebih kukuh daripada SUPP.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri bagaimanapun enggan mengulas sama ada portfolio yang kini kosong berikutan kekalahan pilihan raya pada 16 April, harus dikekalkan.

“Mari kita tunggu pengumuman Ketua Menteri nanti,” katanya.

Pada pemilihan jawatankuasa baru parti itu, Dr Chan berkata beliau mahu melihat beberapa muka baru dalam   parti itu supaya SUPP dapat menggambarkan imej baru untuk maju ke hadapan.

Beliau menambah bahawa kepimpinan baru hendaklah terdiri daripada lebih Bumiputera.

“Jika boleh, saya ingin melihat 50 peratus daripada darah baru, yang sepatutnya memberikan imej baru ke-pada parti. Saya juga mahu lebih ramai Bumiputera dalam parti,” jelasnya.

Ditanya sama ada Dato Sri Wong Soon Koh sebagai pengganti beliau dan Datuk Lee Kim Shin sebagai setiausaha agung akan datang akan membolehkan parti mempersembahkan imej yang baru, beliau berkata: “Baiklah, kita akan lihat apa perwakilan fikir.”

Dr Chan berkata beliau mempunyai beberapa  pengganti yang berpotensi dalam fikirannya tetapi beliau tidak mendedahkan nama-nama.

Beliau mendedahkan bahawa SUPP akan bermesyuarat dalam Persidangan Perwakilan Tritahunan (TDC) dari 9 hingga 11 Disember.

“Apa yang saya harapkan adalah agar semua ahli parti bersatu sebelum saya meninggalkannya dan saya akan bercakap dengan mereka untuk membentuk satu pasukan yang memberikan imej baru parti, mempunyai darah baru di dalamnya.

“Mereka (Perwakilan) perlu tahu apa yang perlu dilakukan,” ujarnya.

Beliau percaya bahawa pemimpin-pemimpin baru akan datang dengan pendekatan baru bagi parti itu untuk terus bersatu dan maju.