Monday, August 15

NS04_260911_ZAHID PERNAMA

0

GEMAS, 26 Sept — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan tadika sempena majlis perasmian Kompleks Mutiara Pernama di Kem Syed Sirajuddin dekat sini hari ini.
Hadir sama ialah ialah (dari kanan) Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Pengerusi Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) Jeneral Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali dan Ketua Pengerusi Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.
Pernama, sebuah perbadanan milik penuh LTAT, bertanggungjawab mengendalikan Lamaniaga serta kedai runcit di dalam kem-kem Angkatan Tentera seluruh Malaysia.
— fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA