Pelajari cara kempen berbeza

0

Kelab Penyokong BN Negeri mendapat banyak manfaat daripada lawatan mereka ke Selangor

KUCHING: Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Negeri mendapat banyak manfaat daripada lawatan ke Selangor, baru-baru ini, khususnya dalam berkempen.

Pengerusinya Abdul Karim Rahman Hamzah berkata walaupun cara berkempen di Semenanjung Malaysia berbeza berbanding di negeri ini, kelab tersebut mempelajari sesuatu yang berharga di sana.

“Cara berkempen memang berbeza disebabkan masalah logistik yang menjurus pendekatan kami untuk mendekati pengundi berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.

“Bagaimapun, kami mempelajari beberapa pendekatan baru yang boleh diguna pakai di sini,” katanya.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai pendekatan baru itu.

Bagaimanapun beliau menambah, lawatan itu dianggap sebagai satu kejayaan kerana pada waktu itu wakil rakyat distesenkan dengan bapa angkat yang tinggal di kawasan pusat mengundi.

“Tugasnya adalah untuk bergerak dan melawat beberapa rumah di kawasan itu dengan pemimpin-pemimpin tempatan.

“Ia merupakan pengalaman baik dan respons dari akar umbi amat positif dan melangkau jangkaan kami dan merupakan pengalaman pembelajaran yang baik khususnya untuk wakil rakyat BN yang baru,” katanya.