Pemandu maut kemalangan sebelum sempat bersara Rabu ini

0

TRAGIK: Kakitangan bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kenderaannya selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori (gambar kecil) di Bau, semalam.

KUCHING: Pemandu yang bekerja di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang akan bersara pada Rabu ini maut dalam kemalangan jalan raya selepas kereta Perodua Viva yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Bau, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Ben Ahie Gimen, 57, dari Kampung Suba, Bau meninggalkan seorang isteri dan lima anak yang berumur 14 hingga 23 tahun.

Kemalangan berlaku sekitar jam 11 pagi di Jalan Musi di Bau ketika mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sebuah majlis perpisahan yang di-anjurkan oleh rakan-rakannya.

Beberapa hadiah juga telah ditemui di dalam kereta mangsa dipercayai diberikan oleh rakan-rakannya.

Selain kereta mangsa dan sebuah lori, kemalangan turut melibatkan sebuah van yang membawa beberapa penum-pang.

Menurut pemandu van, kemalangan berlaku secara me-ngejut apabila kereta dipandu mangsa bertembung dengan sebuah lori.

Namun, usahanya untuk mengelak daripada terlibat dalam kemalangan tersebut gagal apabila van yang dipan-dunya terlanggar belakang kereta mangsa.

Bagaimanapun, kesemua penumpang van terbabit selamat.

Pemandu lori yang berusia 50 tahun bagaimanapun di- tahan polis untuk siasatan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala dan patah tulang.

Pasukan penyelamat meng-ambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kende-raannya sebelum menghantar mayatnya ke Hospital Umum Sarawak.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas mencecah sepanjang dua kilometer.

Anak perempuan mangsa yang berusia 21 tahun ketika ditemui pemberita memberitahu, ayahnya memikirkan untuk tidak hadir majlis perpisahan tersebut kerana tidak sihat namun merancang untuk mendapatkan rawatan dengan doktor selepas menghadiri majlis.

Mangsa telah bekerja di DBKU selama 21 tahun.

Gambar daripada file