Monday, October 21

Tolak pembangunan kerana hasutan

0

Manyin

Masih ada penduduk enggan terima projek kemudahan asas kerana fikir kerajaan rampas tanah mereka

TEBEDU: Dalam usaha ke-rajaan menunaikan tanggungjawab menyediakan kemudahan asas untuk rakyat terutamanya di luar bandar, masih ada sesetengah golo-ngan penduduk yang enggan menerimanya.

Inilah yang berlaku di konstituensi Tebedu iaitu di Kampung Temung dan Kampung Tepoi, yang menurut Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin bahawa mereka menolak projek be-kalan air bersih yang akan dibawa ke situ.

“Kini, kawasan Tebedu dalam peringkat pelaksana- an untuk projek bekalan air bersih yang bernilai RM90 juta.

“Tetapi, penduduk di Kampung Temung dan Kampung Tepoi membantah untuk mendapatkan bekalan air ini kerana memikirkan kerajaan merampas tanah mereka,” katanya.

Manyin yang menyebut perkara tersebut ketika Majlis Penyampaian Cek Pampasan dan Surat Hak Milik Tanah di sini semalam menjelaskan, projek yang dijangkakan siap menjelang tahun 2013 itu te-lah mengenal pasti Kampung Tepoi sebagai lokasi untuk stesen pengagihan air.

Ekoran itu, kampung yang pernah membangkitkan isu pembalakan yang dikaitkan dengan wakil rakyat mereka itu telah membantah tujuan tersebut, namun Manyin pula menjelaskan bahawa mereka memikirkan kerajaan akan merampas tanah mereka.

Tambah Manyin, hanya sebilangan kecil penduduk yang membantah projek bermanfaat itu kerana termakan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab iaitu daripada parti pembangkang.

“Semasa pegawai daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) datang meninjau lokasi untuk stesen pengagihan air tersebut, penduduk kam-pung telah menghalau me-reka.

“Saya tidak percaya ini kerana mereka telah menyokong Barisan Nasional (BN) dengan saya memperolehi undian dari Kampung Tepoi seba-nyak 75 peratus dan lebih 60 peratus dari Kampung Te-mung,” katanya menyentuh mengenai keputusan pilihan raya negeri lepas.

Sehubungan itu, bagi menarik semula keyakinan penduduk, beliau berkata pegawai daerah, residen dan ke-tua-ketua kaum di situ akan mengadakan rundingan mengenainya agar dua kampung terlibat tidak ketinggalan daripada arus kemajuan.

Ini kerana, kata Manyin kawasan Tebedu dijangka menerima bekalan elektrik 100 peratus menjelang akhir tahun ini, dihubungkan dengan jalan raya dan juga bekalan air bersih.

“Saya mahu semua penduduk di Tebedu menikmati kemudahan asas ini, tidak kira mereka penyokong kerajaan BN atau pembangkang kerana inilah tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat,” kata-nya.

Terdahulu, Manyin menyampaikan cek pampasan bernilai RM278,400 kepada seramai 274 penerima dari sekitar kawasan Tebedu bagi menaik taraf jalan Kampung Gahat Mawang-Kampung Daha Mawang.

Jalan sepanjang empat kilo-meter itu mula dibina pada Januari 2010 dan kini telah siap sepenuhnya.