Beberapa bulan pertama di Chelsea amat sukar: Torres

0

LONDON, England: Beberapa bulan pertama Fernando Torres di Chelsea sesungguhnya begitu mencabar tetapi penyerang antarabangsa Sepanyol itu berkata para penyokong sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi.

Beliau kelihatan sukar menjaringkan gol sejak meninggalkan Liverpool untuk satu rekod perpindahan bernilai 50 juta pound pada bulan Januari apabila hanya menjaringkan tiga gol setakat ini.

“Apabila anda bermain dengan baik dan menjaringkan gol dari hari pertama, ia adalah mudah untuk penyokong menyukai anda tetapi beberapa bulan pertama bagi saya adalah sangat sukar,” kata Torres ketika memberitahu Chelsea TV.

“Saya sentiasa merasai sokongan peminat, bukan sahaja apabila semuanya tidak menjadi dan ia sememangnya menarik untuk mula menjaringkan gol untuk mereka,” ujarnya ketika merujuk kepada dua gol yang dijaringkannya pada dua perlawanan terakhir.

Torres dibuang padang ekoran terjahan dua kaki ke atas pemain Swansea, Mark Gower selepas menjaringkan gol ketika Chelsea menang 4-1 Sabtu lepas. — Reuters