IPD Kuching adakan ramah-tamah Aidilfitri di Balai Polis Tabuan Jaya

0

MESRA: (Dari kiri) Mohd Sofian, Mortadza, Mun dan James semasa Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching di Balai Polis Tabuan Jaya, di Kuching semalam.

KUCHING: Tatkala Syawal sampai ke penghujung, ia terus dimanfaatkan oleh kakitangan polis di sini dengan mengadakan Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching di Balai Polis Tabuan Jaya, di sini semalam.

Hadir menyerikan majlis ialah Pesuruhjaya Polis DCP Datuk Mortadza Nazarene, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak SAC Datuk Mohd Sofian Md Yassin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak Zulkipli Hassan dan Ketua Polis Daerah ACP Mun Kok Keong.

Turut dijemput ialah Datuk Bandar MBKS James Chan, Pengurus Bank Negara Cawangan Sarawak Rosnani Mahamad Zain dan ketua-ketua jabatan kerajaan yang lain serta pegawai dan kakitangan IPD Kuching.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu Hari Raya oleh kumpulan kugiran yang terdiri daripada anggota polis.

Antara hidangan istimewa yang disajikan ialah rendang, ayam kari, satay daging dan ayam serta banyak lagi.