Tuesday, November 19

TBS Sri Aman hargai agensi, amil pada majlis Aidilfitri

0

PEMENANG BERTUAH: Shamsul (kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang tetamu yang berkunjung ke majlis berkenaan semalam.

SRI AMAN: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Sri Aman mengadakan Majlis Ramah-iamah Aidilfitri 2011 di Bangunan Pejabat TBS Sri Aman di Bangunan Tabung Haji di sini, semalam.

Majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara agensi-agensi Islam, para amil dan masyarakat sekitar Sri Aman.

Ia diserikan dengan acara cabutan bertuah sebagai menghargai para jemputan dan menambah keceriaan majlis.

Terdahulu, Pengurus Cawangan TBS Sri Aman, Shamsul Bahri Manap merakamkan setinggi penghargaan di atas perhatian dan sokongan terhadap kesinambungan TBS demi mendokong kemaslahatan umat Islam.

Justeru, tambah beliau, majlis yang diadakan meskipun sederhana, tetap memberi kesan mendalam kepada staf dan jemputan yang hadir.