TV kuasai bola sepak Inggeris?

0

SIR ALEX FERGUSON

MANCHESTER, England: Televisyen dan bukannya kelab yang mengawal bola sepak Inggeris, menurut pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson ketika memberitahu BBC Isnin lepas.

Pengurus berusia 69 tahun itu berkata United dan pencabarnya menerima padah kerana wang banyak yang dibayar oleh televisyen untuk mendapatkan hak penyiaran secara langsung perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perjanjian semasa yang dicapai untuk tempoh 2010-2013 membolehkan BskyB dan ESPN (yang mengambil alih penyiaran Setanta selepas kekurangan dana) untuk menayangkan 138 perlawanan semusim pada kos keseluruhan 1.782 bilion.

Di bawah perjanjian ini, United memperolehi lebih dari 60 juta dari televisyen musim lepas – satu kombinasi bayaran untuk perlawanan yang disiarkan secara langsung dan hadiah wang berdasarkan kedudukan liga.

Ferguson berkata jadual perlawanan begitu mendesak terutama sekali pada minggu apabila mereka terlibat dalam pertandingan Eropah.

“Apabila anda berjanji dengan syaitan, anda harus menerima padahnya,” kata Ferguson.

“Televisyen adalah tuhan ketika ini.

“Ia jelas menunjukkan ‘kelebihannya’ kerana apabila anda melihat jadual perlawanan yang sedia ada sekarang, mereka boleh memilih siaran bila saja mereka mahu pasukan utama untuk disiarkan menerusi televisyen.

“Anda mendapat situasi yang tidak masuk akal apabila anda bermain pada malam Rabu di Eropah dan kemudian beraksi pada waktu tengahari pada hari Sabtu berikutnya. Anda tanya mana-mana pengurus jika mereka mahu memilih tarikh mereka sendiri. Sudah tentu tidak dapat.” — AFP