Wednesday, September 18

JKKK dan pelbagai persatuan terima geran k’jaan

0

TERIMA KASIH: Hasbi (tengah) bersama sebahagian penerima geran kerajaan di pejabatnya baru-baru ini.

LIMBANG: Beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pelbagai persatuan termasuk Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di daerah ini menerima geran kerajaan daripada Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah di pejabatnya baru-baru ini.

Geran tersebut diberikan untuk kegunaan dan aktiviti pembangunan di kawasan mereka serta projek pembangunan di bawah Jabatan Pengaliran dan Saliran.

Dalam pada itu salah seorang penerima yang juga Pengelola Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) kawasan Limbang/Lawas Mardiah Awang Said melahirkan kegembiraan dengan keprihatinan Hasbi yang membantu dan menyokong PPWS.

Sumbangan tersebut akan digunakan untuk membaik pulih atap bangunan yang sudah uzur. PPWS yang ditubuhkan pada 1982 kini mempunyai 32 cawangan di Limbang dan 26 di Lawas.