See Hua ungguli badminton KTS

0

ERAT SILATURAHIM: Para pemain bergambar beramai-ramai sebelum bermulanya pertandingan.

SIBU: Kumpulan See Hua telah mengungguli Kejohanan Badminton Terbuka Antara Kumpulan Syarikat KTS yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Sacred Heart di sini, petang kelmarin.

Pasukan itu menumpaskan Ibupejabat KTS Sibu 4-1 dalam pertarungan lima set pada pertandingan akhir itu iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran di mana Kumpulan See Hua hanya tumpas dalam acara perseorangan lelaki.

Tempat ketiga disandang oleh KTS Foodland.

Pertandingan badminton itu merupakan salah satu daripada enam acara sukan yang dipertandingkan sempena Karnival Sukan KTS 2011 kali Ke-8.

Selain badminton, turut dipertandingkan ialah pingpong, boling, catur cina, bola sepak dan sukaneka.

Antara lain objektif penganjuran karnival itu adalah untuk mengerat serta memupuk silaturahim di antara kakitangan KTS selain memupuk gaya hidup yang sihat ke arah hasil kerja yang berkualiti sekali gus dapat memberi manfaat kepada syarikat.