Penduduk New York kongsi basikal pada tahun depan

0

CUBA DULU: Seorang penduduk New York mencuba sebuah basikal sebagai sebahagian daripada demonstrasi kepada sistem berkongsi basikal yang akan bermula tahun depan. — Gambar AFP

LALUAN berbasikal, pelajaran berbasikal bagi golongan dewasa, dan tidak lama lagi 10,000 buah basikal dalam satu program perkongsian: New York sedang berusaha keras bagi menyertai hubungan sayang yang semakin berkembang di dunia bagi penggunaan basikal.

Gambar daripada

Bilangan penduduk New York yang memilih kenderaan bertayar dua untuk pengangkutan telah bertambah dua kali ganda sepanjang lima tahun lepas menurut pejabat Datuk Bandar Michael Bloomberg.

Ia masih lagi merupakan satu pemandangan yang jarang berlaku ketika mereka menyelit di antara teksi kuning dan keadaan lalu lintas yang sesak melalui Manhattan setiap kali waktu sibuk.

Namun sekiranya ini masih lagi menjadi satu aktiviti berbahaya, ia akan mula berubah, dengan laluan berbasikal yang baru sepanjang 350 kilometer telah diwujudkan sejak 2007, menambah jarak kepada 683 batu dan menyasarkan 1,800 batu pada tahun 2030, menurut pejabat datuk bandar.

Penunggang basikal begitu gembira terhadap tindakan Bloomberg dan pesuruhjaya pengangkutan terkenal beliau, Janette Sadik-Khan.

“Kepimpinan dan visi mereka begitu menakjubkan. Dengan lebih banyak laluan berbasikal, orang ramai akan berasa lebih selamat,” kata Brent Tongco, jurucakap bagi Bike New York, sebuah badan bukan perniagaan yang mempromosikan penggunaan dan keselamatan berbasikal.

Tongco berkata, salah satu tarikan untuk berbasikal ialah kesedaran meluas dalam kalangan penduduk New York mengenai kesihatan mereka dan melindungi alam sekitar.

Musim panas akan datang akan melihat sebanyak 10,000 buah basikal diwujudkan dalam skim perkongsian basikal ketiga terbesar di dunia selepas Hangzhou di China dan Paris.

Skim yang diterima dengan penuh teruja, sekurang-kurangnya dalam kalangan sebahagian daripada penduduk New York, ketika diumumkan pada 14 September.

Dalam tempoh seminggu, hampir 6,000 kunjungan telah dilakukan ke laman rasmi Internet bagi projek tersebut dan para penduduk boleh menggunakan satu peta interaktif bagi mencadangkan lokasi untuk stesen berbasikal akan datang.

Bandar telah diselubungi dengan perarakan dan orang ramai datang dalam keadaan berhujan di Union Square pada Khamis lepas untuk melihat buat kali pertama basikal yang penuh warna-warni tersebut.

“Saya telah menunggu saat ini begitu lama. Kereta api bawah tanah adalah mahal. Saya tidak mampu membayar tiket bulanan, manakala dengan menggunakan basikal akan melibatkan kos sebanyak 104 dolar setahun, kurang berbanding jumlah bulanan bagi kereta api bawah tanah,” kata Qinn, seorang pelajar berusia 17 tahun dari kawasan Queens.

Victor Matos, seorang jurugambar yang berbasikal di bandar sejak tahun 70-an, berkata, beliau berasa bimbang mengenai perkongsian basikal yang akan disalahgunakan, namun beliau menyatakan inisiatif tersebut akan menjadi popular, termasuk dalam kalangan pelancong.

Basikal akan ditempatkan di setiap blok di Manhattan dan boleh didapati sepanjang masa serta dilengkapi aplikasi telefon pintar bagi memaklumkan pengguna tentang perkhidmatannya.

Selepas membayar bayaran tahunan, penunggangan adalah percuma bagi perjalanan kurang daripada 45 minit dan satu poin akan diberikan.

Golongan memprotes bagi trend berbasikal menyatakan wang dan perhatian bagi projek sebegini adalah lebih baik digunakan untuk melindungi pejalan kaki, termasuklah daripada penunggang basikal yang berbahaya.

Pemprotes baru-baru ini telah gagal dalam tindakan saman untuk menutup laluan basikal Brooklyn.

Menurut kepada kajian Hunter College, kira-kira 500 orang pejalan kaki telah tercedera setiap tahun oleh penunggang basikal.

Di Bike New York, tiada perkara lain melainkan sikap optimistik.

“Organisasi tersebut melihat “permintaan tinggi dari pelbagai peringkat masyarakat” untuk pelajaran berbasikalnya,” kata Tongco. Pada tahun ini, 3,650 orang dewasa dan kanak-kanak telah mengambil kursus. Segelintir penduduk pula datang untuk mempelajari tentang bagaimana untuk membaiki basikal mereka. — AFP

SESUAIKAN DIRI: Seorang penduduk New York mencuba sistem berkongsi basikal yang akan diperkenalkan mulai tahun depan. — Gambar AFP

Gambar daripada file

Gambar daripada file

Gambar daripada file

Gambar daripada file