Pertandingan ‘Canon Damai Photoshoot’ kini dibuka

0

MARI SERTAI: Talib (kanan) melancarkan pertandingan ‘Canon Damai Photoshoot’ sambil disaksikan oleh Pengurus Kanan Cawangan Canon Marketing (Malaysia) Ho Bak Kee (kiri).

KUCHING: Pertandingan ‘Canon Damai Photoshoot’ kini dibuka untuk pendaftaran sehingga 29 November di aras atas Sarawak Plaza dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

Pertandingan yang julung kalinya diadakan itu akan dibuka di beberapa lokasi seperti Kampung Budaya Sarawak, Pusat Peranginan Pantai Damai, Damai Golf & Country Club, Permai Rainforest Resort dan Damai Central.

“Pertandingan ini adalah untuk memberi peluang kepada jurugambar menunjukkan bakat masing-masing di samping mempamerkan keindahan semulajadi di sekitar pusat peranginan Damai dan secara tidak langsung mempromosikan pelancongan di negeri ini,” kata Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Datuk Talib Zulpilip semasa melancarkan pertandingan di sini, semalam.

Menurut Talib, pertan-dingan selama dua hari itu iaitu pada 3 dan 4 Disember depan juga bakal menyaksi-kan jumlah penyertaan sebanyak 200 peserta.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan penganjur – Ca-non Marketing (Malaysia) dan SEDC – bernilai lebih RM5,000.

Hadiah utama berupa Ca-non Powershot G12 bernilai RM1,899, manakala hadiah kedua berupa Canon IXUS 220HS bernilai RM999.

Selain itu, hadiah ketiga turut menawarkan Canon PowerShot A3200 IS bernilai RM545 dan 10 lagi hadiah sagu hati.

Untuk menggalakkan pe-nyertaan, Talib yang juga Menteri Muda Pelancongan berkata, penyertaan per-tandingan adalah dibuka secara percuma dengan setiap peserta akan diberikan akses percuma bagi semua peralatan Damai untuk mereka me-rakamkan gambar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Canon Damai Photoshoot atau hubungi pihak penganjur menerusi talian 016-6622623.