Anugerah PIKOM iktiraf jasa Tun Dr MahathirOleh Adriana Mroon Ambrose

0

UNTUK ALBUM: Tun Dr Mahathir menerima tepukan gemuruh hadirin sejurus menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ICT daripada PIKOM.

TUN Dr Mahathir Moha-mad menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ICT daripada Persa-tuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) di atas sum-bangan beliau terhadap industri ICT negara.

Anugerah tersebut telah disampaikan sendiri Pengerusi PIKOM Woon Tai Hai yang baru dilantik, dalam majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun persatuan yang ke-25 di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Tun Dr Mahathir telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan cemerlang industri ICT negara kerana melalui kepimpinan dan wawasan beliau, kita kini mengecapi manfaat daripada usaha gigih yang dilaksanakannya sepan-jang menerajui negara.

“Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ICT adalah salah satu cara PIKOM menghargai jasa beliau dalam bidang ICT,” kata Woon.

“Selain Tun, PIKOM juga mengambil kesempatan ini untuk memberikan lima anugerah lain pada syarikat yang layak menerima seperti Telekom Malaysia Bhd, MISC Bhd dan Scope International (M) Sdn Bhd bagi Organisasi ICT Terbaik,” tambah beliau.

Antara pemenang anugerah yang lain ialah Samsul Husin daripada Century Software (M) Sdn Bhd bagi Anugerah Kecemerlangan Teknopreneur, Maxis Bhd dan N2N Connect Bhd bagi Anugerah Kecemerlangan Ahli, Hood Abu Bakar daripada MISC bagi Anugerah Kecemerlangan CIO dan Dato’ Sri Zamzamzairani Mod Isa daripada Telekom Malaysia bagi Anugerah Personaliti ICT Terbaik.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Seramai 1,000 tetamu daripada industri ICT dan wakil agensi-agensi kerajaan telah menghadiri majlis tersebut.

Artis tempatan iaitu Misha Omar dan Winnie K. turut hadir menghiburkan para tetamu.