Suzana cari bapa kandung, Zulkifli

0

ZULKIFLI

SUZANA

SARIKEI: Suzana Zulkifli, 22, yang beralamat di Lot 1815 Kampung Baru Seberang, Taman Susur Jambu Fasa 2, Sarikei sedang berusaha mencari bapa kandungnya yang bernama Zulkifli Abdullah@Su Puon Chuong.

Pencarian itu bertujuan untuk menjadi wali kepada pernikahannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi di Pejabat Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Sarikei.

Ketika menemui pemberita di pejabat Utusan Borneo kelmarin, Suzana menjelaskan beliau tidak tahu lokasi sebenar bapa kandungnya dan berharap sesiapa yang mengenali beliau dapat membantunya memaklumkan perkara tersebut kepadanya dengan segera.

“Kehadirannya sebagai wali semasa pernikahan saya nanti (tanpa menyatakan tarikhnya) amat diperlukan, tambahan pula kami sekeluarga tiada menerima sebarang berita mengenainya dan tidak tahu dimanakah beliau berada.

“Sekiranya ada sesiapa yang mengenai bapa saya, saya memohon jasa baik anda untuk memaklumkan perkara ini kepadanya dan diharap juga agar beliau dapat menghubungi saya sekiranya mendapat tahu akan berita ini,” kata Suzana.

Orang ramai ataupun ayahnya sendiri boleh menghubungi Suzana menerusi talian 019-8906461.