Dua beradik didenda kerana ugutan jenayah terhadap wanita

0

MIRI: Dua beradik masing-masing didenda RM500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret pagi semalam kerana kesalahan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita.

Nurshafrin Mahmud dan adiknya, Mohd Nurshairazi Mahmud, kedua-duanya dari Pujut 8B di sini didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau keduaduanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah terhadap Lena Badihi, 39, dengan cara meletakkan sebatang kayu belantan ke leher mangsa.

Merek a didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama antara jam 5 petang hingga 5.30 petang, 14 September lalu di Lot 681 Piasau Jaya Fasa 1, Lorong 1C di sini.

Ketika membacakan keputusannya, Majistret Gerald Empaling Donald berkata, sebelum menjatuhkan hukuman, mahkamah turut menimbang beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukan mereka serta mengambil kira kepentingan awam.

“Mahkamah turut mempe r t imbangka n bahawa kedua-dua tertuduh bertindak sedemikian kerana marah akan perbuatan seorang lelaki yang memukul bapa mereka,” katanya.