Kumpulan Koir Krismas Gereja St Philip lakukan carolling

0

SRI AMAN:  Kumpulan Koir Krismas Gereja St Philip melakukan aktiviti koir sambutan Krismas dari rumah ke rumah (carolling) di daerah Lubok Antu, di sini.

Baru-baru ini kumpulan koir ini telah berkunjung ke Rumah Jubang, Sebangki Panjai, Lubok Antu.

Kumpulan Koir Krismas bagi Gereja St Philip ini diketuai Father Francis dan 15 anggotanya yang terdiri daripada anak-anak muda ini sudah memulakan aktiviti carolling sejak awal bulan ini.

Jurucakap aktiviti carolling memberitahu, aktiviti itu akan memeriahkan lagi sambutan Hari Krismas di kalangan penganut Kristian Anglican pada 25 Disember ini nanti.

“Kami berharap agar koir sambutan Krismas dari rumah ke rumah pada tahun depan akan lebih meriah lagi,” katanya.

Carolling merupakan satu upacara sembahyang dari rumah ke rumah anjuran pihak gereja bagi memberkati ahli keluarga Kristian yang bakal menyambut perayaan Krismas pada setiap tahun.