Wednesday, November 20

Lebih 100 murid SK Saint Mary terima bantuan RM100

0

GUNAKAN SEBAIKNYA: Salah seorang guru menyerahkan bantuan RM100 kepada salah seorang murid SK Saint Mary di Sibu, semalam.

SIBU: Lebih 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Mary di sini semalam menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100.

Menurut guru besarnya, Beruin Luang, bantuan itu dapat meringankan bebanan ibu bapa.

“Sedikit sebanyak bantuan ini dapat meringankan bebanan ibu bapa terutama mereka yang berpendapatan rendah.

“Bantuan ini juga dapat membantu ibu bapa dari segi perbelanjaan sekolah yang akan bermula bulan depan.

“Ia dapat digunakan untuk membeli peralatan sekolah seperti pakaian, beg sekolah serta alatan lain,” ujarnya kepada pemberita.

Beruin berharap bantuan seumpama ini dapat digunakan oleh ibu bapa dengan sebaiknya demi anak-anak mereka.

Tambahnya, SK Saint Mary mempunyai 238 murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Tinjauan pemberita semalam mendapati murid-murid yang menerima bantuan itu telah ditemani ibu bapa mereka.

Guru-guru sekolah terbabit telah menyerahkan bantuan tersebut kepada murid-murid mengikut kelas masing-masing.