Saturday, October 19

32 pegawai dan anggota polis terima APC, Sijil Penghargaan

0

CEMERLANG: Madang (kiri) menyampaikan APC kepada seorang pegawai polis sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Polis dan Penyampaian APC 2011 di pekarangan IPD Bintulu semalam.

BINTULU: Seramai 32 pegawai dan anggota polis menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) daripada Ketua Polis Negara  (KPN) dan Sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Bintulu atas kejayaan dalam menjalankan tugas-tugas kepolisan sepanjang 2011.

APC diadakan setiap tahun di seluruh negara dan pegawai serta anggota yang menerima APC ma-sing-masingnya menerima sijil dan wang tunai RM1,000.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Madang Usat dalam ucapannya berharap surat-surat penghargaan yang diberikan itu bukan sekadar secebis kertas atau surat penghargaan tetapi sebagai dorongan untuk anggota polis berkhidmat lebih komited dan gigih.

Begitupun beliau bersyu-kur hasil kerja keras dan komited anggota polis di sini segala aktiviti besar yang dianjurkan berjalan dengan lancar, manakala keadaan aman terus terpelihara.

“Beberapa aktiviti melibatkan ramai pegawai dan anggota polis yang menjaga keamanan antaranya dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 pada April 2011, Kempen Cegah Jenayah Peringkat Daerah pada Julai 2011 dan Pesta Tanglung Antarabangsa (September 2011) berjalan dengan lancar tanpa berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian APC 2011 di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu semalam.

Katanya, ini merupakan titik peluh dan pengorbanan yang diberikan oleh setiap anggota yang terlibat se-hingga keselamatan dan ke-amanan terus terpelihara.

“Kita juga telah dan sedang melaksanakan konsep baharu pencegahan jenayah menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di  jalanan bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) membuat rondaan  di tempat-tempat tertentu di sini,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis itu Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu ASP Jame Reis, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bintulu ASP Batholomew Umpit, Ketua Balai Polis Pusat Bintulu Cif Inspektor John Dicky serta pegawai-pegawai kanan polis Bintulu.