Monday, August 19

Kerajaan T’ganu bantu mangsa kemalangan

0

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu bersetuju meluluskan bantuan sebanyak RM1,300 sebulan kepada Iman Adam Raman, 9, yang dilanggar motosikal pada Mei tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, selain bantuan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu juga meluluskan bantuan penjagaan kepada ibunya Nik Aini Mohd, 51, dan anaknya itu masing-masing RM300 dan RM200 sebulan.

“Kita simpati atas apa yang berlaku kepada keluarga ini. Walaupun ayahnya Raman Abdullah, 58, merupakan penjawat awam, tetapi keluarga yang besar dengan sembilan orang anak dan dua orang pula cacat,” katanya ketika melawat kanak-kanak itu di rumahnya di Kampung Kebur Besar dekat sini semalam.

Turut hadir pada lawatan itu Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustafa dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Abdul Rahin Mohd Said.

Iman Adam terlibat dalam kemalangan langgar lari dipercayai angkara mat rempit semasa melintas jalan untuk mendapatkan ayahnya di seberang jalan di hadapan Klinik Kubang Jela pada 2 Mei lepas.

Mangsa tidak sedarkan diri selama tujuh bulan selepas kejadian dan terpaksa menjalani pembedahan sebanyak tujuh kali di Hospital Sultanah Nur Zahirah, kini terlantar di rumah dengan tidak boleh bercakap dan tanpa sebarang deria rasa.

Ahmad berkata pemberian bantuan itu melalui Tabung Darul Iman diharap dapat diuruskan dengan seberapa segera oleh pihak terbabit.

Beliau berkata sehubungan itu baru-baru ini kerajaan negeri meluluskan bantuan kesihatan kepada pesakit seperti susu, lampin pakai buang, kaki atau tangan palsu kepada hospital untuk diagih-agihkan kepada pesakit berjumlah RM2 juta.

“Kadangkala rakyat tidak tahu bahawa kerajaan persekutuan menyediakan tabung seperti ini kepada pesakit dan kerajaan Terengganu memberi nilai tambah sebanyak RM2 juta,” katanya.

Sementara itu Nik Aini melahirkan kesyukuran kerana mendapat perhatian kerajaan negeri dengan menghulurkan bantuan yang sangat diperlukan keluarganya.

“Saya sangat sedih di atas apa yang menimpa Iman. Mujurlah kerajaan perihatin terhadap penderitaan yang kami tanggung dengan menghulurkan bantuan,” katanya. — Bernama

iteW� kr��udari kemenangan di Stadium of Light pastinya akan meletakkan City tiga mata di hadapan jirannya yang juga juara bertahan, Manchester United yang turut tewas mengejut 2-3 kepada Blackburn pada hari Sabtu.

 

Malam ini (Selasa) di Eastlands, City akan berdepan Liverpool yang masih segar dengan kemenangan selesa 3-1 ke atas Newcastle dan Mancini tidak rela menyaksikan skuad bintangnya melakukan kesilapan yang sama sekali lagi.

“Gol itu (Sunderland) ofsaid sebenarnya namun saya tidak fikir pengadil menyedarinya,” rungut Mancini.

“Saya arif benar tentang bola sepak dan atas sebab itulah, sepanjang 15 minit terakhir, saya hampir kehilangan suara kerana terpekik terlolong mengarahkan barisan pertahanan tidak meninggalkan posisi mereka dan memberikan sepenuhnya tumpuan kerana ancaman yang boleh diberikan oleh Sunderland,” tambah pengurus dari Itali itu.

“Kami kelihatan gemar benar menyerang dengan 10 pemain namun adalah mustahil untuk melakukan perkara seperti itu.

“Saya tidak tahu berapa banyak peluang yang kami ada. Namun saya bukannya bimbang tentang kegagalan kami menjaringkan sebarang gol dalam dua perlawanan terakhir ini (City terikat tanpa jaringan dengan West Brom pada Boxing Day), sebaliknya saya bimbang dengan pemain lawan yang tahu betapa rapuhnya kami dalam serangan pantas.

“Kami perlu memperbaiki situasi ini. Memang benar banyak peluang yang kami ada namun ada waktunya, apabila anda gagal memenangi satu perlawanan, jangan sampai pula anda tewas akhirnya.”

Mancini yang merehatkan penyerang Mario Balotelli pada perlawanan itu berkata: “Saya berharap ia tidak akan sukar untuk memilih pemain untuk perlawanan menentang Liverpool. Perlawanan ini sudah berakhir dan kami harus memmikirkan perlawanan yang seterusnya.”

Dalam pada itu, Liverpool yang masih menimbang sama ada akan merayu penggantungan lapan perlawanan ke atas Luis Suarez kerana menghina pemain Manchester United, Patrice Evra dengan nada perkauman di Anfield pada bulan Oktober lepas, mungkin menyaksikan penyerang kontroversi mereka itu kembali dari penggantungan satu perlawanan berbeza yang dikenakan ekoran isyarat lucahnya kepada para penyokong Fulham dalam kekalahan 1-0 Liverpool di Craven Cottage pada bulan lepas.

Sementara itu, kapten Steven Gerrard dijangka akan kembali ke kesebelasan utama buat julung kalinya sejak 22 Oktober.

Ia menyusuli penampilan memberangsangkan pemain antarabangsa England itu dalam kemenangan ke atas Newcastle Jumaat lepas.

Pemain tengah berpengaruh itu turut bersemangat dengan tiga pertemuan pasukannya menentang City pada bulan ini, termasuk perlawanan separuh akhir Piala Liga Inggeris yang dilangsungkan secara timbali balik.

“Kami sedia menyahut cabaran yang mendatang,” ujar Gerrard. “Mereka mungkin pasukan hebat yang telah memulakan musim ini dengan cukup bergaya namun kami tidak gentar langsung.

“Perlawanan ini nanti pastinya menarik, kami tidak gentar kerana perlawanan seperti inilah yang dinanti-nantikan saya. Saya sudah tidak sabar lagi.”

Prestasi Liverpool di gelanggang lawan ternyata begitu memberangsangkan pada musim ini dengan skuad kendalian Kenny Dalglish itu sudah menang di Chelsea (dua kali), Arsenal dan Everton.

“Di gelanggang sendirilah kami sukar mendapatkan keputusan yang sepatutnya namun kami akan bertandang ke City dengan keyakinan sepenuhnya. Kami akan memberikan yang terbaik dan lihatlah ke mana ia akan membawa kami,” tambah Gerrard. — AFP