Pekadin sambut baik konsep sekolah maya

0

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (PEKADIN) menyambut baik keputusan kerajaan Persekutuan untuk memperkenalkan pendidikan kanak-kanak melalui konsep maya di sekolah-sekolah dalam tempoh dua tahun.

Penasihatnya Datuk Latif Kandok berkata usaha memperibadikan pendidikan kanak-kanak di negara ini memang kena pada masanya dan wajar kerana ia akan meletakkan sekolah-sekolah maya dalam satu kedudukan yang penuh inovasi dan bertanggungjawab.

“Konsep ini baik kerana ia membantu memudahkan komunikasi masa nyata dengan interaksi yang berpaksikan ibu bapa dan guru-guru dan pada masa sama, menggalakkan pendidikan maya menggunakan internet, terutama di kawasan luar bandar,” katanya kepada Bernama, di sini, semalam.

Latif mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur, Jumaat lepas bahawa konsep maya akan diperkenalkan sebagai projek perintis di sekolah-sekolah dalam dua tahun lagi.

Muhyiddin dipetik sebagai berkata konsep itu antara lain membolehkan ibu bapa berinteraksi dengan pihak sekolah menerusi persidangan video sambil menambah konsep itu dicontohi daripada konsep yang diamalkan di negara maju seperti Korea Selatan.

Sambil menyambut baik inisiatif bagi meningkatkan penggunaan internet dalam pendidikan, Latif berpendapat apabila sistem pendidikan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan Sistem Maklumat Pendidikan Kebangsaan (NEIS), satu rangkaian komputer yang menghubungkan semua sekolah berada di tempatnya, ibu bapa mungkin boleh mendapatkan maklumat mengenai prestasi pelajaran anak-anak anak secara terus dengan guru-guru secara online.

Beliau berkata dengan pengenalan konsep maya di sekolah-sekolah termasuk di Sabah, ia petanda baik bagi sistem pendidikan kerana rakyat dan negara ini sedang bergerak ke arah sebuah dunia tanpa sempadan. — Bernama

 

span l^� E-��uhan mereka itu semakin pahit untuk ditelan kerana menyedari kemenangan di Stadium of Light pastinya akan meletakkan City tiga mata di hadapan jirannya yang juga juara bertahan, Manchester United yang turut tewas mengejut 2-3 kepada Blackburn pada hari Sabtu.

 

Malam ini (Selasa) di Eastlands, City akan berdepan Liverpool yang masih segar dengan kemenangan selesa 3-1 ke atas Newcastle dan Mancini tidak rela menyaksikan skuad bintangnya melakukan kesilapan yang sama sekali lagi.

“Gol itu (Sunderland) ofsaid sebenarnya namun saya tidak fikir pengadil menyedarinya,” rungut Mancini.

“Saya arif benar tentang bola sepak dan atas sebab itulah, sepanjang 15 minit terakhir, saya hampir kehilangan suara kerana terpekik terlolong mengarahkan barisan pertahanan tidak meninggalkan posisi mereka dan memberikan sepenuhnya tumpuan kerana ancaman yang boleh diberikan oleh Sunderland,” tambah pengurus dari Itali itu.

“Kami kelihatan gemar benar menyerang dengan 10 pemain namun adalah mustahil untuk melakukan perkara seperti itu.

“Saya tidak tahu berapa banyak peluang yang kami ada. Namun saya bukannya bimbang tentang kegagalan kami menjaringkan sebarang gol dalam dua perlawanan terakhir ini (City terikat tanpa jaringan dengan West Brom pada Boxing Day), sebaliknya saya bimbang dengan pemain lawan yang tahu betapa rapuhnya kami dalam serangan pantas.

“Kami perlu memperbaiki situasi ini. Memang benar banyak peluang yang kami ada namun ada waktunya, apabila anda gagal memenangi satu perlawanan, jangan sampai pula anda tewas akhirnya.”

Mancini yang merehatkan penyerang Mario Balotelli pada perlawanan itu berkata: “Saya berharap ia tidak akan sukar untuk memilih pemain untuk perlawanan menentang Liverpool. Perlawanan ini sudah berakhir dan kami harus memmikirkan perlawanan yang seterusnya.”

Dalam pada itu, Liverpool yang masih menimbang sama ada akan merayu penggantungan lapan perlawanan ke atas Luis Suarez kerana menghina pemain Manchester United, Patrice Evra dengan nada perkauman di Anfield pada bulan Oktober lepas, mungkin menyaksikan penyerang kontroversi mereka itu kembali dari penggantungan satu perlawanan berbeza yang dikenakan ekoran isyarat lucahnya kepada para penyokong Fulham dalam kekalahan 1-0 Liverpool di Craven Cottage pada bulan lepas.

Sementara itu, kapten Steven Gerrard dijangka akan kembali ke kesebelasan utama buat julung kalinya sejak 22 Oktober.

Ia menyusuli penampilan memberangsangkan pemain antarabangsa England itu dalam kemenangan ke atas Newcastle Jumaat lepas.

Pemain tengah berpengaruh itu turut bersemangat dengan tiga pertemuan pasukannya menentang City pada bulan ini, termasuk perlawanan separuh akhir Piala Liga Inggeris yang dilangsungkan secara timbali balik.

“Kami sedia menyahut cabaran yang mendatang,” ujar Gerrard. “Mereka mungkin pasukan hebat yang telah memulakan musim ini dengan cukup bergaya namun kami tidak gentar langsung.

“Perlawanan ini nanti pastinya menarik, kami tidak gentar kerana perlawanan seperti inilah yang dinanti-nantikan saya. Saya sudah tidak sabar lagi.”

Prestasi Liverpool di gelanggang lawan ternyata begitu memberangsangkan pada musim ini dengan skuad kendalian Kenny Dalglish itu sudah menang di Chelsea (dua kali), Arsenal dan Everton.

“Di gelanggang sendirilah kami sukar mendapatkan keputusan yang sepatutnya namun kami akan bertandang ke City dengan keyakinan sepenuhnya. Kami akan memberikan yang terbaik dan lihatlah ke mana ia akan membawa kami,” tambah Gerrard. — AFP