JPJ adakan penguatkuasaan mulai 16-30 Jan

0

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak me-   mulakan penguatkuasaan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2012 mulai 16 hingga 30 Ja-nuari ini.

Menurut kenyataan akhbar di-keluarkan JPJ semalam, objektif penguatkuasaan JPJ adalah mempertingkatkan ‘perception of being caught’ (POBC) di kalangan pemandu agar mereka memandu de-ngan lebih berhati-hati dan me-matuhi undang-undang serta peraturan jalan raya.

Di samping itu, ia juga untuk mempertingkatkan keselamatan di jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan serta kematian  akibat kemalangan tersebut.

Sementara itu, pelaksanaan tugas operasi termasuk pemeriksaan bas-bas ekspres di Terminal Bas Eks-pres Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri bermula dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam pada tarikh-tarikh tersebut di atas.

Pemeriksaan bas di terminal bas meliputi penguatkuasaan peraturan di bawah kaedah 10B RTR iaitu peraturan pemandu kedua, buku log dan pemanduan yang melebihi lapan jam dalam tempoh 24 jam, menjalankan pemeriksaan berhubung keadaan brek dan tayar bas ekspres yang akan melakukan perjalanan melebihi 300km atau empat jam perjalanan.

Operasi berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama Baha-gian  Narkotik Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan bagi menjalankan pemeriksaan urin untuk mengesan pemandu bas yang mengambil dadah.

Operasi penyamaran (tidak ber-uniform) sebagai penumpang bas turut dijalankan dengan meng- ambil gambar bagi mengesan ke-salahan-kesalahan seperti gagal me-matuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, mengguna-kan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai topi keledar dan kesalahan yang menjurus kepada kemalangan.

Selain itu anggota penguat kuasa juga akan menjalankan operasi       secara statik dengan memasang  lampu mata arah di kawasan black spot.

JPJ juga akan mengadakan ope-rasi khas motosikal secara berse-padu bersama agensi-agensi pe-nguatkuasaan lain dalam tempoh berkenaan.