Kesederhanaan suatu kemestian, bukan pilihan, kata Muhyiddin

0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam  berkata dalam dunia serba mencabar sekarang, kesederhanaan bukan lagi suatu pilihan, tetapi suatu kemestian.

Kata beliau mengamalkan sifat sederhana dan menolak pendirian melampau merupakan kunci ke arah mencapai kesepaduan budaya dan keamanan sejagat.

“Laluan ke arah keamanan dan kemakmuran global perlu dibina berasaskan persefahaman dua hala dan sikap saling menghormati antara masyarakat yang mewakili tamadun utama dunia.

“Tidak kira sama ada tamadun Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, Tao atau tamadun utama dunia lain, semuanya perlu berusaha ke arah mewujudkan kehidupan secara aman antara manusia yang menganut agama dan budaya yang berbeza,” katanya ketika merasmikan penutupan Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global (ICGMM) yang telah berlangsung selama tiga hari di sini, semalam.

Muhyiddin berkata sekiranya kewujudan agama dilihat melalui prisma kesederhanaan, persamaan nilai yang akan ditemui ialah keamanan, keharmonian dan kebahagiaan sebenar.

“Ini akan menjadi kenyataan apa-bila pengikut setiap agama mengelak daripada mengamalkan agama dan menjalani kehidupan duniawi masing-masing secara berlebih-lebihan,” katanya. — Bernama

Beliau berkata punca utama wujudnya sikap melampau dan fanatik, yang selalunya menimbulkan kebencian serta permusuhan sesama manusia daripada berlainan agama dan budaya, ialah penyisihan dalam bidang ekonomi, peminggiran secara politik dan penafian hak sosial.

“Kita perlu gantikan penyisihan dalam bidang ekonomi dengan pengagihan kekayaan secara adil, menamatkan peminggiran dalam bidang politik dengan memupuk keterangkuman dalam bidang itu dan menghapuskan penafian hak sosial dengan menjunjung keadilan sosial serta