Sertailah futsal Piala BiFA-Lea pada 11-12 Feb

0

BINTULU: Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) akan menganjurkan Kejohanan Futsal Piala BiFA-Lea pada 11 dan 12 Februari di Stadium Muhibah Bintulu di sini.

Kejohanan terbuka kepada pasukan lelaki dan wanita yang perlu mendaftar empat pemain berumur 20 tahun ke bawah.

Manakala sebuah pasukan perlu disertai oleh sembilan pemain yang mana lima daripadanya pemain senior.

Pengerusi pertandingan Awang Morsal Awang Biak berkata, 12 pasukan terbaik akan dipilih ke kejohanan futsal Piala BERNAS, dan pasukan terbaik lelaki dan wanita seterusnya dipilih mewakili Bintulu ke Kejohanan Futsal Piala Sarawak.

“Mesyuarat bersama semua pengurus pasukan ialah pada 9 Februari,” katanya.

Keterangan lanjut dan untuk mendapatkan borang penyertaan boleh menghubungi Mohd Hamid Ghani menerusi talian 014-8881038 atau di Lea Sport Centre, ParkCity Mall atau menghubungi Awang Morsal (019-8748442).