Tiada paksaan ahli SPDP masuk Kelab BN: Nansian

1

BAU: Tidak ada paksaan bagi ahli-ahli Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) untuk keluar parti sekiranya mahu menyertai Kelab Barisan Nasional (BN).

SOKONG KELAB BN: Pemanca Daniel Taho menandatangani borang keahlian Kelab BN sambil disaksikan oleh Nansian dan Dr Tiki, semalam. Sesi perjum-paan itu turut dihadiri oleh kira-kira 34 orang ketua kaum Bidayuh.

Menteri Muda Alam Sekitar Datuk Peter Nansian Ngusie yang bertindak sebagai jurucakap Kum-pulan Berlima memberitahu, me-reka tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyokong mereka atau memaksa ahli keluar dari parti.

“Kita tidak pernah ada peraturan ketat yang mengatakan jika anda menyokong kami, anda perlu ke-luar dari parti,” katanya ketika berjumpa dengan seramai 34 ketua kaum Bidayuh yang mewakili lebih 1,000 orang di pejabatnya di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe. Tiga lagi anggota Kumpulan Berlima ialah Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entrie Muran, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan ADUN Bekenu Rosey Yunus.

Nansian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru memberitahu, ahli parti lain yang menyatakan sokongan terhadap mereka berlima tidak perlu keluar parti untuk menyertai kelab tersebut.

Bagaimanapun, bagi ahli SPDP, katanya, mereka akan dianggap keluar parti sekiranya menyertai Kelab BN.

Ini kerana, katanya, ahli SPDP dikehendaki menyerahkan kad keahlian parti sebaik sahaja mengemukakan borang keahlian kelab tersebut.

“Kami tidak pernah memaksa sesiapa keluar dari parti. Tetapi apa-bila mereka mengemukakan borang keahlian Kelab BN nanti, kami  anggap mereka akan meninggalkannya SPDP,” katanya.

Nansian turut melahirkan ke- percayaan bahawa jumlah keahlian kelab akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Kita percaya golongan muda akan bersama kita, mengikut jejak langkah pemimpin mereka,” kata-nya.

Beliau turut memberitahu mereka akan terus komited berkhidmat kepada rakyat, walaupun tanpa parti kerana mereka masih dalam BN.

“Setelah keluar parti, kita dapat memberikan tumpuan penuh ke-tika menjalankan tanggungjawab kerana bebas daripada masalah yang membelenggu parti,” katanya.

Dalam pada itu, Nansian turut menyelar beberapa penganalisis politik yang terdiri daripada golo-ngan profesor yang menyifatkan kelab itu akan membawa perpecahan dalam BN.

Sambil menyifatkan mereka sebagai ‘armchair critic,’ katanya, mustahil kelab itu akan membawa perpecahan dalam BN.

“Mereka hanya pandai meng-  kritik. Duduk di pejabat, tetapi hakikatnya tidak pernah terlibat dalam dunia politik.

“Penyokong kita lebih tahu menilai kerana mereka bekerja di peringkat akar umbi,” katanya.