K’jaan setuju Imigresen laksana Program Pemutihan hingga 31 Mac

0

KUCHING: Kerajaan negeri telah bersetuju agar Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak melaksanakan Program Pemutihan berkuat kuasa serta-merta sehingga 31 Mac 2012.

Program pemutihan berke-naan dilakukan selepas proses pendaftaran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berdaftar dalam Program 6P selesai pada 31 Disember 2011.

Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak, Datu Robert Lian dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata, fasa pemutihan itu bertujuan untuk menentukan tindakan seterusnya yang perlu dilaksanakan oleh setiap PATI dan majikan, yak-ni sama ada untuk dibenarkan terus berada atau bekerja atau meninggalkan negara ini.

“Dalam fasa pemutihan ini, kerajaan negeri telah bersetuju supaya majikan yang ingin menggaji PATI yang berdaftar dalam Program 6P di Sarawak dibenarkan mengemukakan permohonan untuk bekerja di Sarawak.

“Permohonan tersebut hen-daklah dikemukakan kepada Jabatan Tenaga Kerja Sarawak untuk mendapatkan Lesen Penggajian Buruh yang akan menentukan sama ada PATI tersebut dibenarkan bekerja atau sebaliknya,” katanya.

Robert memberitahu, bagi PATI berdaftar yang ingin pulang secara sukarela, majikan mereka hendaklah mengurus penghantaran pulang mereka dengan segera dan teratur.

Sementara itu, kata beliau, PATI kategori kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah warganegara Indonesia dan mengiringi ibu atau bapa yang mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara yang sah atau (PATI berdaftar 6P) akan dipertimbangkan dengan lesen penggajian buruh untuk bekerja di Sarawak.

“Kerajaan telah bersetuju supaya mereka ini dipertimbangkan dengan Pas Lawatan Sosial, tertakluk kepada tempoh sah laku Pas Lawatan Kerja Sementara ibu atau bapanya nanti.

“Bagi PATI yang berumur di antara 13 dan 17 tahun, mereka hendaklah meninggalkan dan pulang secara sukarela ke negara asal masing-masing dengan segera dan teratur termasuk perlu mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah,” tegas-nya.

Robert memberitahu tarikh akhir untuk pelepasan keluar meninggalkan negara ini adalah pada 31 Mac 2012.

Menurutnya, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak telah mendaftar seramai 22,220 orang PATI dalam fasa pendaftaran yang dilaksanakan pada 1 November hingga 31 Disember 2011.

Setakat ini seramai 21,777 orang PATI berdaftar masih berada di Sarawak dan 443 orang PATI berdaftar telah pulang secara sukarela ke negara asal masing-masing dan tiada tindakan penguatkuasaan diambil ke atas mereka.

Tambah beliau, daripada jumlah tersebut seramai 18,361 adalah berdaftar mempunyai majikan dengan melibatkan seramai 1,231 majikan.

“Kita telah dimaklumkan bahawa Kedutaan Filipina, Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh, Kuala Lumpur serta Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching telah memberikan komitmen untuk membantu dan mengeluarkan pasport atau dokumen perjalanan kepada warganegara mereka yang berdaftar sebagai PATI di Sarawak,” tegasnya.

Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching telah mengeluarkan lebih 7,000 pasport dan dokumen perjalanan warganegaranya dalam program itu, sementara Kedutaan Filipina, Kuala Lumpur telah melantik tiga orang wakil mereka di Sarawak untuk tujuan itu.

Mereka boleh menghubungi Justin Bersales (012-8836286) atau Faith Jap (012-8884929) atau faks 082-411370 atau Perla Gaspar menerusi talian 012-8552955.

Bagi Suruhanjaya Tinggi Bangladesh boleh menghubungi Kaunselor Mantu Kumar Biswas di pejabat mereka di Kuala Lumpur menerusi talian 012-2903252 dan faks 03-21457376.

“Majikan-majikan dan PATI berkenaan perlu meng-ambil peluang ini dan perlu segera menghubungi keduta-an, suruhanjaya tinggi dan konsulat masing-masing.

“Kita percaya bahawa fasa pemutihan ini akan berjalan lancar jika semua pihak me-lipatgandakan usaha mereka dan memberikan kerjasama yang tinggi,” kata Robert.