Status penubuhan Kelab BN Sarawak menimbulkan tanda tanya

0

Peter Nansian

KUCHING: Status penubuhan Kelab Barisan Nasional (BN) Sarawak menimbulkan tanda tanya apabila jurucakapnya Datuk Peter Nansian enggan mengulas perkembangan terkini proses pendaftaran kelab tersebut.

Ketika dihubungi semalam, wakil rakyat N.2 Tasik Biru ini lebih selesa untuk mendiamkan diri daripada bercakap mengenai kelab yang mendapat perhatian ramai pihak ketika ini.

“Tiada komen…lebih baik kita jangan bercakap mengenai hal ini buat masa ini,” jawabnya ringkas sebagai mengelak daripada pertanyaan seterusnya.

Sebelum penubuhan kelab tersebut, Nansian merupakan bekas naib presiden SPDP yang kemudiannya dipecat daripada parti selepas dilucutkan dan mengumumkan keluar parti ekoran pergolakan dalam parti.

Turut bersama dengan Nansian bagi penubuhan Kelab BN ialah empat lagi bekas ahli SPDP iaitu Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe, ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri Muran, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Susulan penubuhan kelab itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga seorang peguam berkata, lima wakil rakyat bekas ahli SPDP itu tidak boleh mendaftar keahlian sehingga kelab didaftarkan.

Katanya, pendaftaran keahlian sebelum kelab didaftarkan boleh dianggap sebagai melanggar peraturan berkaitan persatuan atau pertubuhan.

Tambah Junaidi, mereka (bekas ahli SPDP berkenaan) hanya boleh merekrut ahli dan mempromosikan agenda dan perjuangan mereka selepas kelab itu didaftar.

Jelasnya Artikel 10 (1) (c) Perlembagaan Malaysia menyatakan adalah menjadi hak rakyat negara ini menubuhkan persatuan dan di bawah Artikel 10 (2) (c) penubuhannya ditegah jika ia menjejaskan aspek keselamatan, ketenteraman awam dan moral. KUCHING: Status penubuhan Kelab Barisan Nasional (BN) Sarawak menimbulkan tanda tanya apabila jurucakapnya Datuk Peter Nansian enggan mengulas perkembangan terkini proses pendaftaran kelab tersebut.

Ketika dihubungi semalam, wakil rakyat N.2 Tasik Biru ini lebih selesa untuk mendiamkan diri daripada bercakap mengenai kelab yang mendapat perhatian ramai pihak ketika ini.

“Tiada komen…lebih baik kita jangan bercakap mengenai hal ini buat masa ini,” jawabnya ringkas sebagai mengelak daripada pertanyaan seterusnya.

Sebelum penubuhan kelab tersebut, Nansian merupakan bekas naib presiden SPDP yang kemudiannya dipecat daripada parti selepas dilucutkan dan mengumumkan keluar parti ekoran pergolakan dalam parti.

Turut bersama dengan Nansian bagi penubuhan Kelab BN ialah empat lagi bekas ahli SPDP iaitu Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe, ADUN Marudi Datuk Sylvester Entri Muran, ADUN Bekenu Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Susulan penubuhan kelab itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga seorang peguam berkata, lima wakil rakyat bekas ahli SPDP itu tidak boleh mendaftar keahlian sehingga kelab didaftarkan.

Katanya, pendaftaran keahlian sebelum kelab didaftarkan boleh dianggap sebagai melanggar peraturan berkaitan persatuan atau pertubuhan.

Tambah Wan Junaidi, mereka (bekas ahli SPDP berkenaan) hanya boleh merekrut ahli dan mempromosikan agenda dan perjuangan mereka selepas kelab itu didaftar.

Jelasnya Artikel 10 (1) (c) Perlembagaan Malaysia menyatakan adalah menjadi hak rakyat negara ini menubuhkan persatuan dan di bawah Artikel 10 (2) (c) penubuhannya ditegah jika ia menjejaskan aspek keselamatan, ketenteraman awam dan moral.