Friday, December 4

Wabak HFMD masih terkawal walaupun kes meningkat

0

KUCHING: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Zulkipli Jantan mengesahkan wabak tangan, kaki dan mulut (HFMD) masih berada dalam keadaan terkawal walaupun kes ini dilaporkan meningkat.

Jabatan Kesihatan Negeri ujarnya, mengetahui terdapat jumlah peningkatan itu, kepada 68 kes pada tahun ini berbanding 35 kes pada tahun sebelumnya.

Dr Zulkipli berkata, walaupun sedikit peningkatan jumlahnya masih di bawah paras bahaya.

“Kami sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dan akan mengambil sebarang tindakan pantas dengan mengawasi keadaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Secara amnya, orang ramai memang sudah tahu akan simptom dan ia turut menyerang orang dewasa.

Oleh yang demikian, keadaan berwaspada harus diambil sebagai langkah pencegahan awal wabak HFMD.

Sementara itu, Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil berkata, pihaknya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga tambahan pula sekarang wabak HFMD masih menular sejak kali terakhir melanda negara pada 2009.

Beliau mengingatkan pengamal perubatan di dalam dan luar bandar agar mengambil langkah berjaga-jaga terhadap wabak HFMD.

“Ibu bapa, penjaga tabika dan taska, guru-guru harus sentiasa memastikan kanak-kanak bebas daripada simptom wabak berkenaan.

“Sekiranya terdapat tanda-tanda wabak itu, diingatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital secepat mungkin,” nasihatnya.

Tambahnya, kanak-kanak yang senang dijangkiti penyakit perlu dikekang dari keluar terlalu kerap dan amalan penjagaan kebersihan diri dan persekitaran harus dipertingkatkan.

Ahad lalu, Kementerian Kesihatan mendedahkan minggu epidemik penularan wabak itu di bahagian Kuching mencatatkan 33 kes.

Bau direkodkan dua kes sementara 13 kes di bahagian Bintulu.

Kota Samarahan merekodkan lima kes, empat di Serian dan Kapit masing-masing, tiga di Belaga dan satu di Song.

Bahagian Sri Aman, Betong dan Mukah masing-masing mencatat tiga kes manakala daerah Simanggang, Saratok, Dalat serta Limbang dua kes.

Sibu satu manakala Miri dan Marudi infiniti.KUCHING: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Zulkipli Jantan mengesahkan wabak tangan, kaki dan mulut (HFMD) masih berada dalam keadaan terkawal walaupun kes ini dilaporkan meningkat.

Jabatan Kesihatan Negeri ujarnya, mengetahui terdapat jumlah peningkatan itu, kepada 68 kes pada tahun ini berbanding 35 kes pada tahun sebelumnya.

Dr Zulkipli berkata, walaupun sedikit peningkatan jumlahnya masih di bawah paras bahaya.

“Kami sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dan akan mengambil sebarang tindakan pantas dengan mengawasi keadaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Secara amnya, orang ramai memang sudah tahu akan simptom dan ia turut menyerang orang dewasa.

Oleh yang demikian, keadaan berwaspada harus diambil sebagai langkah pencegahan awal wabak HFMD.

Sementara itu, Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil berkata, pihaknya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga tambahan pula sekarang wabak HFMD masih menular sejak kali terakhir melanda negara pada 2009.

Beliau mengingatkan pengamal perubatan di dalam dan luar bandar agar mengambil langkah berjaga-jaga terhadap wabak HFMD.

“Ibu bapa, penjaga tabika dan taska, guru-guru harus sentiasa memastikan kanak-kanak bebas daripada simptom wabak berkenaan.

“Sekiranya terdapat tanda-tanda wabak itu, diingatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital secepat mungkin,” nasihatnya.

Tambahnya, kanak-kanak yang senang dijangkiti penyakit perlu dikekang dari keluar terlalu kerap dan amalan penjagaan kebersihan diri dan persekitaran harus dipertingkatkan.

Ahad lalu, Kementerian Kesihatan mendedahkan minggu epidemik penularan wabak itu di bahagian Kuching mencatatkan 33 kes.

Bau merekodkan dua kes sementara 13 kes di bahagian Bintulu.

Kota Samarahan merekodkan lima kes, empat di Serian dan Kapit masing-masing, tiga di Belaga dan satu di Song.

Bahagian Sri Aman, Betong dan Mukah masing-masing mencatat tiga kes manakala daerah Simanggang, Saratok, Dalat serta Limbang dua kes.

Sibu satu manakala Miri dan Marudi infiniti.