Rohani kecewa laporan beliau bukan kelahiran Batang Lupar

0

SARATOK: Timbalan Men-teri Perdagangan Dalam Ne-geri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim melahirkan perasaan kecewa dengan laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam yang me-ngatakan beliau bukan anak tempatan dari kawasan Parlimen Batang Lupar.

Menurut beliau, laporan akhbar berkenaan adalah tidak benar dan sumber penulis artikel berkenaan tidak berdasarkan fakta yang betul.

“Telah beberapa kali saya tegaskan bahawa saya adalah anak jati Simanggang di mana ibu saya adalah berasal dari Kampung Hilir, Sri Aman dan bapa saya adalah berasal dari Kampung Hulu, Sri Aman dan saya telah dilahirkan di Kampung Hilir, Sri Aman.

“Sememangnya saya amat kecewa dengan kenyataan yang menyatakan saya bukan anak tempatan dari Parlimen Batang Lupar sedangkan saya telah dilahirkan di Kampung Hilir, Sri Aman,” ujarnya ketika ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan IADA Kalaka-Saribas-Betong di Pejabat IADA, Saratok di sini petang semalam.

“Saya berharap, selepas ini tiada lagi timbul spekulasi yang menyatakan bahawa saya bukan anak tempatan Simanggang sedangkan saya adalah anak kelahiran Simanggang,” tegasnya.

Oleh yang demikian, saya amat mengharapkan kepada mana-mana pihak yang ingin membuat sebarang kenyataan hendaklah menyiasat terlebih dahulu dan jangan membuat sebarang kenyataan tanpa mendapatkan fakta sebenar.

“Tiada salah untuk meng-hubungi saya sendiri untuk mengesahkan kesahihan be-rita terbabit sebelum disiarkan,” jelasnya lanjut.

Ketika ditanya berkenaan spekulasi yang menyatakan beberapa calon berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Batang Lupar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, Rohani berkata, beliau memang pernah mendengar beberapa nama yang menyatakan diri mereka berminat dengan kawasan itu, tetapi ia perlulah atas kekuatan diri masing-masing.

“Untuk pengetahuan, saya masih lagi Ahli Parlimen Batang Lupar dan masih lagi berkhidmat untuk rakyat di kawasan Parlimen Batang Lupar,” ujarnya.