Isteri lapor polis, dakwa jadi hamba seks suami

7

MIRI: Seorang isteri tampil membuat laporan polis dengan mendakwa se-ring diperlakukan seperti hamba seks oleh suaminya sejak lima tahun lalu.

Mangsa, 42, yang tidak tahan lagi menanggung penderitaan, akhirnya membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri di sini, petang kelmarin.

Dalam aduannya, mangsa men-dakwa suaminya sering memperlakukannya seperti hamba seks setiap kali dia ingin mengadakan hubungan seks dengan mangsa, tanpa mengira masa dan tempat, termasuk di depan anak-anak mereka.

Lebih menyeksakan, kata mangsa, jika dia menolak nafsu suaminya, ha-buan yang pasti diterima ialah pen-deraan.

Menurut mangsa yang juga ibu kepada dua orang anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan suaminya, kejadian itu telah berlarutan sejak lima tahun lalu.

Manakala dalam kejadian terbaharu yang berlaku pagi Rabu lalu, mangsa telah dipukul dan diugut bunuh oleh suaminya setelah dia menolak untuk mengadakan hubungan seks.

Tidak cukup dengan mendera mangsa, suaminya turut bertindak memukul dan mengugut akan membunuh anak mereka yang cuba menghalang perbuatannya.

Justeru, mangsa yang tidak tahan lagi menanggung seksa akhirnya tampil membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Polis (ACP) Mun Kok Keong ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

Berikutan itu, katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Pusat Miri telah menahan suami mangsa yang berusia 45 tahun di sebuah rumah di Kuala Baram lewat petang kelmarin untuk disoal siasat lanjut berhubung kes itu.

Katanya, kes ini akan disiasat lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa.