Winnie meriahkan perasmian ‘Ladies Night’ TK pada Jumaat

0

JUMPA DI SANA: Winnie akan menghiburkan para peminat sempena perasmian ‘Ladies Night’ TK di Sibu pada malam Jumaat ini.

SIBU: Perasmian ‘Ladies Night’ Telaga Kumang (TK) dijadualkan berlangsung di premisnya di No 43, Tingkat Bawah, Jalan Maju di sini pada 9 Mac (Jumaat ini), jam 10 malam.

Pusat hiburan popular di Sibu itu turut menjemput seorang artis undangan iaitu Winnie Albert bagi memeriahkan majlis perasmian tersebut.

Pengurus TK Kenny Ugas berkata, pihaknya akan memilih setiap malam Jumaat untuk mengadakan tema ‘Ladies Night’ di TK dengan menawarkan pelbagai aktiviti dan program pada setiap minggu.

“Pada perasmian itu nanti, kita akan menjemput seorang kenamaan di sini untuk merasmikan majlis tersebut.

Winnie sebagai artis undangan akan menghiburkan orang ramai yang hadir dan kita akan menganjurkan beberapa aktiviti yang dijangka menarik.

“Selain aktiviti, kita turut menawarkan cabutan tiket bertuah dan tiket bertuah itu akan diberikan percuma berdasarkan setiap pembelian yang dibuat di TK pada malam itu nanti atau pada bila-bila masa,” ujarnya kepada Utusan Borneo, kelmarin.

Beliau berharap para peminat Winnie tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan penyanyi yang mempunyai nada suara yang lantang dan tinggi itu dan bersama-sama memeriahkan perasmian majlis itu nanti.

Sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubungi Kenny menerusi talian 019-8287965 atau melayari Facebook TK.