Jangan terpengaruh dengan slogan ‘Change’ pembangkang

0

SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat mengingatkan rakyat agar tidak perlu terpengaruh dengan slogan ‘Change’ (Perubahan) seperti yang sering dilaungkan oleh parti pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)  nanti.

Beliau berkata, rakyat harus sedar kerajaan Barisan Nasional (BN) masih giat meneruskan usaha memajukan pembangunan terutama di luar bandar.

“Ini merupakan satu taktik semata-mata untuk mengelirukan rakyat untuk meraih sokongan daripada rakyat supaya mereka (parti pembangkang) memperolehi kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Bersama Ketua Kaum dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan anjuran Parti Rakyat Sarawak (PRS)  di Dewan Suarah Sri Aman di sini, baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Muda Permodenan Pertanian Datuk Mong Dagang.

Menurut Masir, rakyat perlu tahu bahawa Pakatan Rakyat (PR)  tidak sehaluan dalam politik dan ia terbukti apabila berlaku pertelingkahan antara parti mereka di Semenanjung Malaysia sebelum ini.