Karnival Pendidikan MARA tawar 10,000 peluang pekerjaan

0

MELAKA: Sebanyak 10,000 peluang pekerjaan terutama kepada lepasan pelajar sekolah ditawarkan pada jelajah Karnival Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2012 tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Mara Abd Rahim Abd Ghani berkata, karnival tersebut memberi fokus untuk menjuruskan pelajar memilih bidang bertepatan dengan minat dan impian serta laluan kerjaya yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.

“Kelainan tahun ini adalah kita turut adakan pameran kerjaya dalam karnival ini ekoran permintaan tinggi masyarakat umum kerana sebelum ini kita hanya mengadakan karnival kerjaya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan kebanyakan pengunjung hanya tertumpu di sekitar Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran karnival itu di MITC di sini, semalam. — Bernama