Kerajaan terus jalin hubungan dengan China bagi eksport sarang burung

0

KUCHING: Kerajaan akan terus menjalin hubungan perniagaan dengan China bagi urus niaga mengeksport sarang burung walit meskipun pengimport utama tersebut pernah melarang import produk komoditi Malaysia itu kerana mengandungi tahap nitrit yang tinggi.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Raihan Sharif berkata, selain memastikan hanya produk yang memenuhi sijil kualiti yang boleh dieksport, kerajaan turut bekerjasama dengan pihak berkuasa China bagi penerimaan produk sarang burung yang berjenama ‘1Malaysia Best’.

“Bermula tahun ini, syarikat-syarikat tempatan yang mengeksport sarang burung ke China dikehendaki mendapatkan tiga pensijilan kua-liti sebelum produk mereka dibenarkan dibawa masuk ke situ,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau bercakap dalam sidang media sempena taklimat Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 yang di-sempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.

Penternakan burung walit merupakan perniagaan yang sangat lumayan di negara ini tetapi selepas penemuan tahap nitrit di dalam ‘sarang burung walit mentah yang ti-dak diproses’ oleh pihak ber-kuasa China, ia telah menye-babkan penurunan harga produk komoditi tersebut.

Bagaimanapun, Raihan yakin bahawa harga akan kembali normal apabila pengeksport dapat memenuhi standard kualiti sebagai- mana yang dikehendaki China.

Antara standard kualiti yang ditetapkan ialah Tanda Kesihatan Veterinari dengan perakuan dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar, Pengenalan Frekuensi Radio dengan perakuan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi dan sijil kesihatan oleh Kementerian Kesihatan.

Selain itu, Raihan berkata semua premis penternakan burung walit juga harus didaftarkan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bagaimanapun, katanya setakat ini hanya 800 daripada yang terlibat di seluruh negara telah berbuat demikian.

“Mungkin begitu ramai yang memilih untuk kekal ti-dak berdaftar kerana tidak mahu dikenakan cukai pendapatan.

“Malah, premis-premis yang tidak berdaftar ini juga biasanya gagal mematuhi standard kualiti,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan pendaftaran premis burung walit akan berterusan dan mereka akan terus memantau dan menyemak premis yang tidak berdaftar.