Thursday, August 22

Majalah Happenings memuatkan temu bual eksklusif bersama Taib

0

TERTARIK: Pengarah Conqueror’s Vision Sdn Bhd Datuk Patrick Liew (kanan) melihat sama inti pati majalah Happenings di Pejabat Taib baru-baru ini.

KUCHING: Majalah gaya hidup, Happenings di Sara-wak membuka lembaran baharu bagi cetakan 2012 dengan temu bual eksklusif bersama Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud baru-baru ini.

Menurut kenyataan daripada Conqueror’s Vision Sdn Bhd, terdapat enam muka surat yang memuatkan temu bual bersama Taib mengenai Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dalam usaha untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi.

Taib menerangkan ia sebagai perancangan terperinci bagi SCORE yang juga dipanggil sebagai  ‘game-changer’ untuk memajukan negeri.

“Jadi jika anda tertanya apakah yang ada pada masa hadapan, saya rasa bila sudah tiba masanya untuk tinggalkan Sarawak dalam keadaan yang lebih baik daripada sekarang,” kata Taib yang dipetik daripada kenyataan Conqueror’s Vision Sdn Bhd.

Beliau mahu golongan belia bersedia mengambil peluang dalam SCORE dan telah merangka pelbagai program untuk menjayakannya.

Taib turut bersetuju dengan cara belia menggunakan internet bagi mencari maklumat dan berkongsi pengalaman dan maklumat melalui rangkaian sosial sedia ada.

Pihak majalah merungkai lebih banyak perbincangan melibatkan pembangunan belia dengan tajuknya ‘Our Youth, Our Future’, dengan mengadakan temu bual bersama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi dan Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh membincangkan strategi menarik minat belia untuk menyertai latihan teknikal dan mempertingkatkan status ekonomi.

Penampilan istimewa Penasihat Belia di Pejabat Ketua Menteri Larry Sng turut dimuatkan dalam majalah terbabit.

Happenings kini menyambut ulang tahunnya kelima dan mahu lebih banyak bahan bagi keluaran muka isu Julai 2012 dan menjemput pembaca untuk mengambil gambar bersama rakan-rakan dan hantarkan ke [email protected] com.

Gambar juga boleh dihantar ke www.happeningsarawak. com secara percuma atau menelefon 082-242439 untuk pertanyaan.